Thursday, November 22, 2012

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu





Tarikh /Hari               : 26.03.2012/Isnin                    Masa              : 0900-1000 pagi
Kelas                          : 4 Alfa                                  Bil. Pelajar     : 40 orang
Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu
Tajuk                          : Sirih
Objektif                       : Pada akhir pelajaran ini murid dapat;
1.    Menyusun isi penting dalam carta alir “Kegunaan Daun Sirih”
2.    Membina 3 ayat daripada 5 kata kerja dalam carta alir dengan betul
Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengetahui kegunaan daun sirih yang boleh dimakan
Konsep                      : Konstruktivisme
Bahan                        : Foto, kad perkataan, carta, peta minda
Nilai                            : Berdedikasi, kerajinan, kerjasama
Kemahiran                 :
Fokus Utama
2.1         Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai
Aras 1
i)             Mengumpulkan dan menyusun isi penting daripada sesuatu topik yang dibincangkan
Fokus Sampingan
1.2       Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila
Aras 1
Memberikan respons yang sesuai terhadap soalan yang dikemukakan


Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Menamakan daun sirih dan lidah buaya
1.Guru mempamerkan gambar daun sirih
1.Murid menamakan daun tumbuhan yang ditunjukkan oleh guru
Benda maujud
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)

Khasiat daun sirih dan lidah buaya


1.Guru membahagikan murid dalam 4 kumpulan
2.Guru menunjukkan gambar daun sirih dan minta murid menyatakan kegunaan daun sirih.

1.Murid berbincang untuk menyatakan kegunaan daun sirih.


Gambar dalam buku teks
Lampiran 1 dan 2

Langkah 2
(10 minit)



Kegunaan daun sirih
1.Guru minta murid meneliti carta tentang kegunaan daun sirih.

2.Murid mencari perkataan yang sesuai dan cuba menyusun pada tempat yang betul dalam carta alir kegunaan daun


Lampiran 3





Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Langkah 3
(15 minit)
Kegunaan daun sirih
1.Minta murid melukis carta alir di papan tulis

1.Wakil dari setiap kumpulan akan tampil ke depan untuk melukis carta alir dengan cara mereka sendiri
Lampiran 3

Langkah 4
(15 minit)
Membina ayat daripada kata kerja
1.memetik
2.mengisar
3.melayur
4.menggulung
5.meminum
1.Guru minta murid membina ayat daripada kata kerja dalam carta aliran yang telah dibincangkan
1.Murid membina ayat dengan bimbingan dari guru
Lampiran 4
Penutup
(5 minit)

1.Minta murid melakonkan cara merawat hidung berdarah dengan urutan cara dalam carta aliran yang dipelajari
1.Murid berlakon mengikut versi mereka sendiri



Lampiran 1



Kegunaan daun sirih;

1.   Daun yang dipanggang dan digulung dapat menghentikan pendarahan hidung.
2.   Daun yang dipanggang dapat mengubati penyakit asma.
3.   Daun sirih yang dilumatkan dapat menahan pendarahan luka.
4.   Daun sirih yang dilumatkan dapat menyembuhkan ulser hidung.